Monday, June 26, 2017

MESEJ HARI RAYA BARU BIAN 2017


25 JUN 2017

PENERIMAAN BERSAMA DAN MENGHORMATI ADALAH KUNCI HARMONI

Sebagaimana saudara-saudari Muslim kita bersiap untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri setelah sebulan berpuasa, tiba masanya untuk bersyukur atas keunikan masyarakat kita dimana penerimaan dan saling menghormati memainkan peranan utama di dalam kewujudan kita secara harmoni.

Agama adalah peribadi bagi seseorang individu itu dan ia harus menjadi satu perkara diantara seseorang dan Tuhan dia. Sebagai contoh Puasa. Puasa adalah untuk kita menguji kesungguhan batin kita,untuk melawan dan menahan diri daripada godaan. Bagi umat Islam, ‘nafsu’ mereka yang diuji.

Saya masih ingat satu kejadian beberapa tahun yang lepas ketika saya sebagai seorang pelajar di UiTM di KL. Semasa bulan puasa, saya bersama seorang pelajar dari Sarawak yang sedang makan sepotong kuih, dan seorang lelaki muda berjalan menuju ke arah kawan saya, dan menolak kek dari tangan dia dan meninggalkan tempat itu. Tanpa berkata apa-apa, kami terkejut dengan kejadian ini kerana kami tidak pernah mengalami tingkah laku seperti ini selama kami di Sarawak.  Dalam fikiran kami, nilai sebenar puasa datang apabila seseorang itu mampu berpuasa tanpa perlu persekitaran di sekelilingnya diubah demi menghapuskan unsur-unsur yang mungkin menjadi ujian kepadanya.

Selain daripada penglibatan segelintir pemimpin negara dalam rasuah, perkara yang paling merosakkan yang berlaku di negara ini adalah politikasi agama. Parti-parti politik tertentu telah berjaya memacu kejatuhan antara umat Islam dan bukan Islam dalam beberapa dekad yang lalu dengan menggunakan agama sebagai alat, memainkan satu agama terhadap yang lain dan mencetus ancaman yang tidak pernah wujud. Pembentangan Rang Undang-Undang Hudud secara berterusan dan sokongan secara rahsia Rang Undang-Undang dari kerajaan adalah satu perkara yang menimbulkan kebimbangan yang besar kepada orang bukan Islam.

Perkembangan terbaru mempersoalkan kepercayaan ahli-ahli politik tertentu adalah salah satu sebab untuk dikhuatiri. Sesetengah umat Islam cuba menegaskan bahawa orang yang mempunyai kepercayaan tertentu tidak boleh menjadi ahli politik di negara ini, atau jika mereka adalah ahli politik, mereka tidak boleh bercakap tentang iman mereka, ataupun bertindak mengikut kepercayaan mereka.

Begitu juga dengan seruan untuk mengharamkan  perayaan dan aktiviti Kristian adalah suatu ancaman yang sangat provokatif kepada keharmonian kita, apatah lagi ia merupakan suatu pelanggaran Perlembagaan Persekutuan, yang menjaminkan kebebasan rakyat untuk mengaku dan mengamalkan agama pilihan mereka.

Sedih sekali serangan terhadap agama Kristian ini berlaku pada bulan Ramadan, yang menunjukkan peningkatan dalam sikap tidak bertoleransi dan ketaksuban. Malah lebih membimbangkan adalah bahagian dari Timbalan Perdana Menteri dalam memerangi tuntutan ultra islamis ini. Kerajaan telah mengecewakan negara ini dengan membenarkan ekstremisme seperti ini berkembang, sebagaimana dapat dibuktikan dari kekurangan tindakan mereka terhadap pelaku. Sekali lagi, menggunakan agama untuk tujuan politik.

Kepercayaan agama dan komitmen ke arah agama masing-masing adalah baik kerana ia membimbing seseorang menjadi warganegara yang bertangunggjawab. Setiap orang, sama ada ahli politik, hakim, ahli perniagaan atau anggota polis, jika benar kepada agamanya dia akan menjadi seorang ahli politik, hakim, ahli perniagaan atau anggota polis yang baik. Dia tidak akan merosakkan, atau mencuri harta benda orang lain atau menipu.

Oleh itu, ia menjadi suatu kesegaran apabila terdapat beberapa orang yang terkenal yang cukup berani untuk bercakap terhadap kumpulan pelampau ini. Seperti yang dikatakan oleh salah seorang daripada mereka, kepekaan terhadap orang-orang yang mempunyai kepercayaan yang berbeza adalah seperti jalan dua arah dan kita harus saling menghormati hak masing-masing dalam mengamalkan agama kita. Pemimpin kita - dari masyarakat, pelbagai agama dan parti politik - juga harus bersuara untuk majoriti senyap yang juga tidak bersetuju dengan ketaksuban kaum dan agama dari beberapa kumpulan ekstremis.

Saya sentiasa bersyukur juga bahawa Sarawak masih bebas daripada pengaruh para perusuh agama ini. Betapa indahnya jika kita dapat kembali ke zaman dahulu ketika Malaysia pernah menjadi model sebenar keharmonian kaum dan agama.

Semasa saya sebagai seorang pelajar di SMK Limbang, saya serta kawan-kawan akan berkunjung ke setiap rumah di sepanjang jalan semasa sambutan Hari Raya atau Tahun Baru Cina, walaupun kami tidak kenal penduduknya. Pada Tahun Baru Cina, kami akan mengucapkan 'Gong Xi Fa Cai!' dan semasa Hari Raya kami mengucapkan 'Assalamualaikum!'. Kami sentiasa dialu-alukan dan dihidang dengan makanan dan minuman. Pengalaman masa itu membawa saya percaya kepada dasar kebaikan dan kemurahan hati semua orang, tanpa mengira kaum dan agama, dan kenangan dan kepercayaan itu tetap kuat di dalam saya.

Seperti yang saya katakan, Sarawak masih menjadi bumi yang harmoni dan penerimaan bersama. Malah di arena politik, kami melawat rumah-rumah pihak lawan politik kami semasa Hari Raya, dan pada masa ini, kami mengetepikan perbezaan politik kami untuk meraikan perayaan ini bersama-sama. Marilah kita semua bekerjasama untuk memastikan suasana istimewa seperti saling menghormati dan penerimaan antara pelbagai kaum dan kumpulan etnik akan bertambah erat, supaya Sarawak akan menjadi tempat yang dapat kita panggil sebagai rumah kita dengan bangganya.

Saya ingin mengucapkan ‘Selamat Hari Raya Aidilfitri; Maaf Zahir dan Batin’ kepada semua umat Islam.


Baru Bian
Pengerusi, KEADILAN Sarawak/ ADUN N81 Ba’ Kelalan.

No comments: