Wednesday, May 17, 2017

Debate Speech by Ali Biju, DUN Sarawak May 2017

Bahas by Ali Biju N39 Krian, Persidangan Penggal Pertama DUN Sarawak ke 19, 11 May 2017

Tuan Speaker, terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk turut mengambil bahagian membahaskan usul penghargaan atas ucapan Tuan Yang Terutama sempena upacara pembukaan persidangan pertama penggal kedua Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-18 pada 11 Mei 2017.

Tuan Speaker,

Unemployment Among Graduates

First of all, I would like to highlight the issue of unemployment among graduates who are diploma and degree holders. Numerous statistics have indicated that the number of unemployed grads is rising year after year and this is very worrying and needs to be addressed immediately. According to the latest report from Bank Negara, 23% of university graduates are unemployed. Based on data from the Statistics Department and Job Malaysia, there are between 15,000 to 20,000 unemployed graduates in the state for the year 2016. The number of graduates applying for jobs in the State Civil Service is 40,834 out of a total of  169,527 applications. I agree that being a university graduate does not necessarily guarantee a job. However, unless the unemployment rate is reduced drastically in the near future, it may cause myriad of social problems. According to a JobStreet survey there are several contributing factors for unemployment of graduates, mainly:

1.  Unrealistic salary and benefits being demanded;

2.  A poor command of English;

3.  Being choosy about the job or company;

4.  Poor attitude or lack of character of graduates;

5.  Poor communication skills;

6.  A lack of initiative in job-seeking and disadvantaged self-marketing skills; and finally

7.  Mismatch between course curricula and industry requirement.

Further, Jobstreet glaringly pointed out that 70% of Malaysian employers are disappointed with the quality of fresh graduates. Employers felt that graduates lacked adaptability, multitasking skills, decision-making skills, problem solving skills and creative-critical thinking skills.  And most alarmingly, graduates are unemployed because they have pursued studies irrelevant to the job market. As such, the government needs to introduce new measures to improve the employability of graduates. I would like to suggest these measures:

1.  Improve proficiency in English by introducing access to special courses in English communications for fresh grads at no cost to them; 

2.  Create opportunities through work experience via government initiatives in the private sector for making available internship and practical training on a large scale throughout the State;

3.  Develop both hard and soft skills to be more well rounded via special free courses introduced at diploma and university levels;

4.  Greater involvement of the private sector in training and producing high quality graduates through incentives such as special tax rebates and exemption; and

5.  Government policy requiring institutions of higher learning such as colleges and universities to incorporate curricula relevant to industry requirements. This would inevitably entail improving the curriculum by including additional skills for the graduates and creating links with industries so that the industries can provide job opportunities for the graduates.

I believe local universities and colleges have placed too much emphasis on academic achievement compared to the soft skills. Let us be clear, academic qualifications are essential but in today’s workforce climate, the attitude of graduates is equally or even more important to employers. The establishment of a new Ministry of Education by the Sarawak government is crucial in addressing the employability of local graduates. The current Malaysian education system needs to be restructured and undergo a thorough overhaul to improve our graduates’ skills which will eventually increase their marketability and employability.

A final note on our unemployed graduates - the implementation of the Graduate Enhancement Training Sarawak (GETS) programme to assist unemployed graduates has yet to produce significant improvement. Few years back, Sarawakians were excited with the SCORE Project which was supposed to provide 2 million job vacancies. It was expected that there would be no such thing as graduate unemployment once SCORE became a reality but unfortunately, and quite apparently, that is not the case at the moment. Therefore, I would like to ask and know: how many jobs have been created from SCORE since it first started till today? Of these jobs, how many are being filled by local Sarawakians, how many by West Malaysians and how many are held by foreigners?

Pengambilan Tanah Tanaman Mulong/Rumbia Untuk Pembesaran Kampung

Tuan Speaker, saya telah dimaklumkan akan kemusykilan yang dihadapi oleh beberapa penduduk Iban dari Engkudu berkenaan dengan pampasan tanah asal Native Customary Right mereka di kawasan tanaman mulong atau rumbia di Lemachang, Hilir Sg Sebetan. Mengikut tuan tanah - tuan tanah disitu, moyang mereka yang bernama Liang anak Entalang bersama dengan penduduk rumah panjang asal Engkudu yang ber-Tuai Rumah-kan Encik Entika anak Sumbang telah menetap di kawasan berkenaan dengan mengusahakan tanaman mulong. Surat keizinan telah diberi oleh kerajaan negeri Sarawak yang diwakili oleh Resident Simanggang Encik Edward Jerah pada tahun 1920, hampir-hampir 100 tahun yang lalu. Sejak tarikh tersebut keturunan Encik Liang anak Entalang bersama dengan penduduk rumah panjang Engkudu meneroka dan bercucuk tanam dikawasan berkenaan dan sepanjang Sungai Sebetan mengikut adat tradisi suku kaum Iban tanpa halangan dari mana-mana pihak. Malahan penduduk Engkudu mempunyai hubungan yang rapat dengan kampung terdekat iaitu Kampung Kupang sejak dari dulu hingga sekarang. Menyedari akan keperluan penduduk Kampung Kupang untuk sebuah kawasan tanah baru untuk memperluaskan kampung mereka, maka kerajaan negeri Sarawak telah mengisytiharkan kawasan tanaman mulong di Lemachang iaitu sebesar 64.2 hektar sebagai Government (Kampung) Reserve yang dikenali sebagai Lot 5 Blok 11 Awik-Krian Land District; bertarikh 21 May 1987. Semasa proses pengambilan tanah tersebut melalui Gazette No. 2538, penduduk asal dari Engkudu yang telah pun memiliki hak NCR langsung tidak mengetahui perkara tersebut. Tiada perbincangan atau mesyuarat dibuat di antara Jabatan Tanah Ukur dengan penduduk asal.  Mereka hanya menyedari akan perkara tersebut apabila dihalang daripada membuat pembersihan [clearing] di kawasan tersebut. Sejurus menyedari akan kawasan tanaman rumbia mereka telah di gazette menjadi Government (Kampung) Reserve, penduduk rumah panjang Engkudu terus mengambil tindakan untuk menuntut pampasan gantirugi kehilangan tanaman rumbia yang telah ditebang tanpa pengetahuan mereka dan juga gantirugi tanah NCR daripada Jabatan Tanah dan Ukur sejak dari tahun 1994. Tetapi malangnya tuntutan meraka enggan dan/atau tidak diendahkan langsung. Memandangkan tuan tanah pernah menerima pampasan daripada kerajaan semasa pembinaan benteng [“ban”] dibawah Sebetan 1 Drainage Scheme, maka mereka adalah berhak dan wajib dibayar pampasan apabila tanah yang selebihnya diambil untuk memperluaskan Kampung Kupang. Ahli parlimen Saratok yang terdahulu pernah membuat rayuan kepada Ketua Menteri Sarawak pada tahun 2004 agar campur tangan untuk menyelesaikan kemelut tuntutan ini. Tetapi malangnya, sehingga kini belum ada sebarang cadangan mahupun penyelesaian. Oleh yang demikian, saya ingin meminta jasa baik pihak kerajaan untuk mempertimbangkan tuntutan mereka sewajarnya dan mencari penyelesaian yang memuaskan kedua-dua pihak. Tuan tanah ingin menegaskan bahawa mereka tidak sama sekali menentang rancangan memerluaskan Kampung Kupang, namun mereka hanya memohonon supaya adanya  tuntutan yang sahih dan berpatutan.

Kemudahan Infrastrukur dan Kemudahan Asas

Tuan Speaker, masih banyak kemudahan infrastruktur dan keperluan asas yang belum dilaksanakan dan saya sebagai wakil rakyat tidak akan jemu menagih janji-janji yang telah dibuat oleh menteri-menteri. Acapkali jawapan daripada pihak kementerian beralasankan menunggu peruntukan atau di dalam proses perancangan. Kenapa meluluskan projek sekiranya belanjawan tidak mencukupi? Penduduk setempat pasti terasa tertipu sekiranya perlaksanaan projek yang kononnya diluluskan tidak dilaksanakan secepat mungkin.

Jalanraya

Tuan Speaker, ada beberapa projek pembinaan naiktaraf jalan raya telah lama diumumkan oleh Perdana Menteri dan Menteri yang lain sejak bulan April 2016 yang lalu. Maka disini, saya ingin menyampaikan suara rakyat meminta pencerahan yang munasabah akan status projek-projek naiktaraf jalanraya seperti berikut;

1.  Penurapan Jalan Ulu Krian bermula dari Sungai Bansu ke Awas dan Ulu Krian yang berjumlah RM 15 juta.

2.  Penurapan Jalan Kabo-Sg Bangkong yang berjumlah RM 8 juta

3.  Menaiktaraf dan menurap Jalan Krangan Rusa-Babang dan membina jambatan merentasi Sg Krian di Krangan Rusa.

4.  Menurap Jalan Bajau-Kupang dan pembinaan Jambatan merentasi Sg Krian yang berjumlah RM 100 juta.

5.  Menurap Jalan Lubok Renit, Temudok, Klua, Sg Antu dan Senyawan

6.  Menurap Jalan Ulu Awik sepanjang 13.5km

7.  Menaiktaraf dan menurap Jalan Ulu Paku/Nanga Alum/Pakan sepanjang 11.8km

8.  Menaiktaraf Jalan Nanga Drau yang menghubungkan SK Nanga Drau dan 2 buah rumah panjang

9.  Menurap Jalan Mudong sampai ke Rumah James Bali di Tapang Ujan.

10.              Menaiktaraf Jalan ke Rumah Henry Sang, Ulu Krian

Akhirnya, apa yang sangat mengecewakan saya adalah keadaan Rumah Ibi di Nanga Ibus yang hanya beberapa km sahaja jauhnya. Hingga kini ianya masih belum lagi  disambungkan dengan apa-apa jenis jalan samaada jalan bertaraf kampung atau pun jalan bertaraf JKR. Penduduk Rumah Ibi masih lagi menggunakan perahu panjang berulang-alik ke Roban melalui Sg Seblak yang terkenal dengan populasi buaya yang banyak. Inilah satu-satunya rumah panjang yang masih terasing di seluruh N9 Krian. Banyak permohonan kepada pihak kerajaan telah dibuat sejak 15 tahun yang lalu. Saya telah membawa isu ini ke dewan yang mulia ini tetapi jawapan yang diterima adalah sama sahaja iaitu menunggu peruntukan. Yang aneh nya adalah perasmian pecah-tanah untuk pembinaan jalan ke Nanga Ibus telah beberapa kali dibuat sebelum pilihanraya, tetapi diberhentikan sebaik saja selepas pilihanraya selesai. Oleh yang demikian saya ingin menyeru mana-mana pihak yang bertanggung jawab seperti JKR, Majlis Daerah Saratok, Pejabat Daerah dan mana-mana pihak yang berkaitan untuk memberikan perhatian yang khursus dan mengambil tindakan segera terhadap keluhan penduduk-penduduk di situ.

Bekalan Air Terawat

Tuan Speaker, meskipun Loji Penapisan Air Kaki Wong sudah siap lebih 2 tahun yang lepas, masih ada kawasan yang belum lagi menikmati bekalan air terawat. Kawasan tersebut adalah seperti berikut:-

1.  SK Ulu Sebetan dan 4 buah rumah panjang di sepanjang Jalan Ulu Sebetan

2.  SK Mudong dan 8 buah rumah panjang di Jalan Mudong

3.  Sebanyak 10 buah rumah panjang di kawasan Brayang.

Maka disini saya ingin sekali lagi meminta pencerahan akan status perancangan pembinaan paip utama, tangki air dan booster pumps di kawasan berkenaan. Menteri yang berkaitan pernah memberitahu bahawa semua kawasan di atas akan menerima bekalan air bersih pada penghujung tahun 2017.

Dengan ini saya ingin mengakhiri uapan saya dengan mengucapkan Selamat Hari Gawai Dayak kepada kaum Dayaks, Selamat Hari Raya kepada penganut Islam dan Selamat Hari Guru kepada warga pendidik.

No comments: