Monday, September 26, 2016

BARU BIAN: TIADA KELEGAAN DARI KESEDIHAN UNTUK KELUARGA BILL KAYONG

(Kenyataan Media - 23.9.2016)
 

Sudah 3 bulan sejak Bill dibunuh tetapi keluarganya masih menunggu dalang jenayah yang kejam itu ditangkap.
 

Bulan lepas, saya bertanya sama ada Interpol Malaysia telah meminta bantuan Interpol Australia untuk menangkap Lee Chee Kiang dan sama ada Kerajaan Malaysia telah membuat permintaan untuk extradiction/menghangtar pulang sisuspek. Namun, tidak ada jawapan dari pihak berkenaan dan saya ingin bertanya soalan-soalan ini lagi. Di samping itu, adakah apa-apa komunikasi antara Ketua Polis Negara (IGP) dan Pesuruhjaya Persekutuan Polis Australia?
 

Pendedahan terbaru adalah bahawa polis mengambil balik 7 senjata api dari rumah Lee Chee Kiang. Dalam jawapan pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri kepada soalan ADUN Batu Lintang See Chee How tentang bagaimana seorang individu boleh mempunyai begitu banyak senjata, beliau menjelaskan minggu ini, bahawa Kerajaan Negeri mempunyai kuasa untuk mengeluarkan lesen senapang-patah (shotgun) kepada syarikat-syarikat perladangan dan bahawa salah satu syarat adalah mereka mesti mempunyai polis bantuan (auxilliary police) yang diluluskan oleh PDRM.
 

Jawapan begini tidak memuaskan; disebaliknya beberapa persoalan bertimbul dari pendedahan ini. Mengapakah syarikat itu memerlukan begitu banyak senjata api? Adakah tiada had bilangan lesen yang Pejabat Daerah Miri berkuasa untuk mengeluarkan kepada sesuatu syarikat? Adakah terdapat tiada peraturan-peraturan mengenai siapakah yang mempunyai kawalan ke atas senjata dan di mana dan bagaimana mereka disimpan? Mengapakah syarikat itu mempunyai polis bantuan dan apakah tugas sebenar yang dilakukan oleh polis bantuan ini?
 

Dengan mengetahui sejarah TR Jambai dan penduduk-penduduk Sungei Bekelit, yang terpaksa bertahan gangguan kejam dan keganasan di tangan pekerja ladang syarikat itu, ramai yang kini tertanya-tanya sama ada terdapat apa-apa hubungan 'polis bantuan' ini dengan samseng-samseng?
 

Mungkinkah perhubungan rapat antara polis - yang telah diluluskan oleh PDRM - menjadi sebab tiada tindakan yang diambil walaupun banyak laporan telah dibuat terhadap pekerja-pekerja dan syarikat perladangan itu? Rantaian peristiwa telah menimbulkan persepsi bahawa syarikat perladangan, pemilik dan pekerjanya telah diberi layanan khas oleh pihak polis. Adakah terdapat juga lain syarikat-syarikat dan pekerja-pekerja yang menikmati hubungan yang serupa?
 

Kerajaan Sarawak perlu mengkaji segera dasar dan amalan berhubungan dengan senjata api, terutamanya dalam situasi di mana terdapat konflik antara syarikat-syarikat yang begitu kuat berkuasa dan masyarakat asli yang berkurang bernasib baik.
 

Kekurangan penjelasan dari pihak berkuasa terus memburukkan nama polis di mata orang ramai. Nyawa seseorang yang tidak bersalah telah hilang, keluarganya telah hilang suami dan bapa mereka, dan kami masih menunggu keadilan untuk Bill Kayong.
 

Sekurang-kurangnya, pihak polis patutlah memberi jawapan yang munasabah.
 

BARU BIAN
Pengerusi - KEADILAN Sarawak / ADUN N81 Ba'Kelalan

No comments: