5 Julai 2016
Salam sejahtera.
Bagi pihak seluruh keluarga dan anggota Parti Keadilan Rakyat Sarawak saya
mengambil kesempatan bersempena hari lebaran ini,mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat muslim khasnya umat
muslim di Negeri Sarawak; maaf zahir batin.
Kesempatan ini saya mendoakan semoga semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat dan
bergembira disamping keluarga dan sanak saudara
tercinta . Semoga hari yang penuh kegembiraan ini dapat diraikan dengan
penuh kesyukuran dan keinsafan.
Budaya kunjung-mengujung yang diamalkan di negara kita akan terus
merapatkan silaturahim sesama kita, tidak mengira latarbelakang fahaman dan
anutan. Budaya yang sihat ini akan kita
teruskan untuk menyemarakkan lagi kemariahan perayaan.
Disamping itu,
kita akan memastikan semangat kecintaan kepada keharmonian, pembangunan dan
perpaduan dikalangan umat berbagai bangsa dan agama akan terus terjalin dengan
adil dan saksama. Menzahir dan mendoakan melalui ucapan-ucapan yang baik
dan bersopan akan merapatkan lagi
hubungan sesama kita. Saya penuh yakin
bahawa rakyat negara kita cukup matang untuk tidak terikut-ikut rentak dan
pendekatan politik sesetangah pihak yang tidak bertanggungjawab yang
mengapi-apikan isu-isu perkauman dan agama dan juga melakukan
perbuatan-perbuatan yang mengundang kepayahan kehidupan rakyat kebanyakan.
Di hari yang mulia ini, marilah kita bersama-bersama
berdoa semoga kita dijauhi dari mala petaka yang tidak diingini. Semoga kita
semua berada dalam keadaan sihat dan selamat.
Selamat Hari Raya
Aidil Fitri
Maaf Zahir Dan
Batin
Baru Bian
Pengerusi, PKR Sarawak/
ADUN N81 Ba' Kelalan
BARU BIAN’S
HARI RAYA AIDILFITRI MESSAGE 2016
5 July 2016
On behalf of my family and the members of PKR Sarawak,
I would like to take the opportunity during this auspicious time to wish
‘Selamat Hari Raya Aidilfitri’ to all Muslims, especially the Muslim community
in Sarawak; ‘Maaf Zahir Batin’.
I pray for good health and happiness for all while
enjoying the celebrations with family and relatives. May the days be meaningful
and filled with thanksgiving and blessings, and forgiveness where it is
required.
The culture of visiting each other that is practised
in our country during festivals and celebrations cultivates harmony among us
all, regardless of belief and faith. We must continue with this practice, which
adds to the joy of the festivities and makes it even more meaningful.
In addition, we should ensure that the harmony,
development and unity among the various communities of different races and
religions continue to flourish in the spirit of fairness and justice. Openess
and courtesy to each other will help foster better relationships and
understanding among us. I believe that the citizens of this country are mature
enough to reject the irresponsible politics of certain small segments of
society who play up racial and religious sentiments and create problems others.
On this happy occasion, let us pray for everlasting
safety, security and peace for our country.
Selamat hari
Raya Aidilfitri
Maaf Zahir
Dan Batin
Baru Bian
Chairman
PKR Sarawak/ ADUN N81 Ba’ Kelalan
No comments:
Post a Comment