Wednesday, December 9, 2015

Questions submitted by Ali Biju in Dec 2015 DUN sitting


  • Bertanya kepada Menteri Pemodenan Pertanian, berapa jumlah peruntukan yang disediakan oleh SALCRA bagi tujuan pemberian biasiswa pada tahun depan? Adakah SALCRA bercadang untuk menghadkan penerima biasiswa tersebut hanya kepada pelajar dimana keluarga mereka terlibat di dalam skim SALCRA? Dari mana dana tersebut diperolehi?
  • Bertanya kepada Menteri Pembangunan Tanah, berapa jumlah hektar tanah Native Customary Land yang telah disukat secara individu menggunakan Section 18, Sarawak Land Code semenjak initiatif baru pemetaan tanah dibawah Section 6 dibuat? Berapa hektar tanah dibawah Section 6 telah ditukar kepada Section 18 sejak 2 tahun yang lalu?  Berapa jumlah peruntukan yang disediakan oleh kerajaan untuk menyukat tanah adat bumiputera dibawah Section 18?
  • Bertanya kepada Menteri Pembangunan Tanah, apakah status PL PELITA di Kabo-Awik Saratok? Sudahkah PL Provisional Lease tersebut dibatalkan secara rasmi?
  • Bertanya kepada Menteri Pemodenan Pertanian, apakah langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk membaiki benteng IADA di Pale, Sungai Seblak yang telah roboh lebih 2 tahun yang lepas? Pernahkah kerajaan membuat anggaran kerugian pendapatan yang dialami oleh para petani dan pekebun di kawasan terlibat iaitu Sessan dan Kabong?
  • Bertanya kepada Menteri Perumahan, apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian perumahan untuk memantau harga bahan binaan yang dibeli oleh penduduk rumah panjang melalui skim loan rumah panjang sekarang? Adakah benar dakwaan pengambil loan tersebut bahawa harga hana binaan yang disalurkan kepada mereka jauh lebih mahal daripada harga pasaran?
  • Bertanya kepada Menteri Pertanian, adakah kerajaan bercadang memberi sama-rata bantuan bencana rumah panjang hangus kepada semua mangsa kebakaran rumah panjang? Setakat ini banyak rumah panjang yang telah terbakar tidak mendapat bantuan yang secukupnya untuk mereka membina semula rumah mereka.
  • Bertanya kepada Ketua Menteri, adakah kerajaan bercadang untuk mengimbangani peratusan penglibatan semua kaum di peringkat pengarah bagi sektor kerajaan dan GLC?
  • Bertanya kepada Ketua Menteri, di dalam bentuk apakah rizab kewangan negeri atau state’s financial reserve, yang dianggarkan berjumlah lebih 23 billion disimpan? Dimanakah rizab tersebut disimpan dan jabatan mana yang bertanggungjawab memantau rizab itu?
  • Bertanya kepada Menteri berkenaan, berapa orang hakim baru yang telah dilantik sejak 2 tahun lepas untuk Mahkamah Bumiputera negeri Sarawak?
  • Bertanya kepada Menteri Kerajaan Tempatan, berapa ramai Tuai Rumah di kawasan N34 Krian yang belum di menerima watikah baru memandangkan  mereka telah dipilih menjalankan tanggungjawab dan tugas sebagai  tuai rumah? Mengapa ada Tuai Rumah terpaksa menunggu begitu lama untuk mendapat jawapan sedangkan Pejabat Daerah terletak di Saratok?

No comments: