Sunday, May 31, 2015

MESEJ HARI GAWAI BARU BIAN 2015


31 Mei 2015

Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, Malaysia adalah salah sebuah daripada beberapa negara di dunia yang mempunyai banyak cuti dan perayaan. Ia merupakan suatu keistimewaan untuk kita, dan hakikatnya bahawa rakyat Sarawak yang berbilang etnik dan kaum dapat meraikan perayaan Gawai setiap tahun dengan bebas sememangnya sebab untuk kita rasa bersyukur. Sambutan musim menuai, atau perayaan Gawai, adalah ciri utama dan keunikan warisan kebudayaan kita. Anak-anak Sarawak yang berada di perantauan akan berusaha untuk pulang dari seluruh pelusuk Malaysia dan luar negara untuk meraikan perayaan ini bersama keluarga mereka - ia merupakan masa untuk perjumpaan dan mengukuhkan hubungan sekeluarga, serta melahirkan rasa kesyukuran untuk hasil tuaian yang banyak. Adalah menjadi harapan saya bahawa kita akan terus mengekalkan warisan kebudayaan yang unik ini.

Tahun ini, Pasar Gawai Dayak telah dianjurkan buat kali pertamanya oleh Bab Perpaduan Miri dengan kerjasama Majlis Bandaraya Miri dan Pengurusan Permy Mall. Ini merupakan satu langkah yang patut dipuji, kerana ia membolehkan rakyat Sarawak di bandar untuk menikmati dan menghayati unsur-unsur yang membentuk perayaan Gawai. Saya telah difahamkan bahawa pelbagai percubaan telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu untuk cuba mengehadkan jenis makanan yang akan dijual tetapi mereka tidak berjaya selepas pihak penganjur menegaskan bahawa semua makanan tempatan perlu disediakan di Pasar Gawai Dayak tersebut.

Ini merupakan satu contoh ‘muhibbah’ yang sebenar - di mana kita mengamalkan sifat-sifat penerimaan, inklusif serta saling hormat- menghormati, dan bukan dengan mengehadkan kebebasan orang lain dalam samaran toleransi dan sensitivity. Inilah yang membezakan kita dari Semenanjung Malaysia. Perkara yang unik tentang Sarawak adalah dimana seorang Muslim boleh menjual nasi lemak di sebelah gerai Cina yang menjual daging babi. Dalam erti kata lain, ia menyedihkan apabila perkara sebegini yang dikatakan sebagai keunikan, apabila ia sepatutnya menjadi suatu hakikat. Inilah yang berlaku di Semenanjung Malaysia disebabkan oleh dasar-dasar pentadbiran yang bertujuan untuk memerintah dengan memeecah belahkan kita. Kita mesti sentiasa berwaspada pada setiap masa untuk menolak sentimen, amalan atau ajaran serta dasar-dasar yang tidak diingini dari Semenanjung Malaysia dari menyusup kedalam negeri kita.

Sebagai petunjuk bahawa kerajaan akhirnya mengakui identiti etnik masyarakat asal Sarawak, terdapat rancangan untuk merujuk kepada penduduk asal bukan Islam sebagai Dayak dalam borang rasmi dan bukannya 'Lain-lain', seperti mana kita dikategorikan buat masa ini. Beberapa pindaan perlu dibuat kepada Kerajaan Persekutuan dan Perlembagaan Sarawak dan Ordinan Tafsiran sebelum ianya dapat dilaksanakan, tetapi ia adalah satu petanda yang positif bahawa masyarakat asal Sarawak akhirnya bakal mendapat pengiktirafan yang setimpalnya sebagai sebuah kumpulan yang berbeza daripada rakyat Malaysia yang mempunyai kebudayaan, tradisi dan adat resam yang unik. Adalah diharapkan akan menjadi pelopor kepada masyarakat Dayak untuk mengambil tempat dalam masyarakat, ekonomi dan pentadbiran di negara ini.

Bagi tahun 2015, saya menjangkakan 'lumayan' dalam sifat penerimaan dan rasa hormat-menghormati di Sarawak semasa extremis kaum dan agama yang kian meningkat di tempat lain di negara ini. Sifat penerimaan dan rasa hormat-menghormati inilah yang merupakan ciri-ciri terpuji untuk kita memimpin negara kita, Malaysia, yang merupakan kebanggaan bagikita. Di tengah-tengah ekonomi yang suram dan pelaksanaan GST pada tahun ini saya berharap agar rakyat Sarawak akan menjadi bijak dan berhemat dalam perbelanjaan mereka. Saya pasti sambutan kita tidak akan kurang meriah dan rasa kesyukuran kita tidak akan berkurangan dalam penjimatan yang kita perlu buat. Kepada mereka yang berada dalam perjalanan pulang, pastikan perjalanan and adalan selamat dan pastikan anda tidak mengambil apa-apa risiko di jalan raya atau di dalam bot sungai.
“Selamat Hari Gawai Dayak, Gayu-guru, Gerai nyamai.”

Baru Bian
ADUN N70 Ba’ Kelalan

No comments: