Monday, September 15, 2014

BARU BIAN: MESEJ HARI MALAYSIA



16 SEPTEMBER 2014

Sedang saya menumpukan fikiran saya semasa menyiapkan mesej ini, saya telah memikirkan perkara yang telah dialami oleh Malaysia dalam tahun ini dan suasana negara kita pada ketika ini. Tidak dapat dinafikan apa yang telah berlaku pada tahun 2014 akan dipanggil sebagai 'Annus horribilis' oleh Ratu England. Sebanyak mana seperti yang ingin diulas oleh saya dengan kata-kata pujian, malangnya, peristiwa-peristiwa yang telah berlaku dalam masa 6 bulan yang lalu telah membuatkan ia menjadikannya amat mustahil. Pertama sekali adalah hakikat bahawa kita telah kehilangan banyak rakyat kita dalam 2 tragedi pesawat yang telah membawa kesedihan yang tidak dapat dibayangkan kepada negara kita. Bagi ahli keluarga mangsa-mangsa pesawat MH370, soalan-soalan yang tidak terjawab terus menghantui sementara carian diteruskan bagi orang-orang yang tersayang. 

Bagi rakyat Malaysia yang lain, tidak terdapat banyak alasan yang menggembirakan mereka. Di Sarawak, kaum pribumi asal masih meneruskan perjuangan mereka untuk mempertahankan tanah mereka daripada pembinaan empangan, pembalakan serta perladangan. Percubaan kita untuk mendapatkan bahagian yang lebih besar daripada pendapatan hasil minyak kita tidak membuahkan sebarang hasil manakala, kumpulan ekstremis di Semenanjung Malaysia baru-baru ini telah diseru untuk mengusir serta membunuh kita, namun tiada tindakan daripada pihak berkuasa terhadap ancaman sebegini. Kita mempunyai Ketua Menteri yang baru, tetapi masih tidak kelihatan sebarang perubahan.

Di seluruh Malaysia, dapat kelihatan peningkatan ketegangan kaum di negara ini dengan tindakan kumpulan pelampau dan ekstremis yang membuli dan mengancam kaum dan agama lain. Badan kehakiman telah melepaskan peluang untuk menyelesaikan isu Allah, justeru telah mengecewakan rakyat Malaysia. Parti-parti pembangkang dan kumpulan-kumpulan kebebasan sivil sedang menghadapi ruang politik yang terhad dengan tuduhan hasutan yang bertubi-tubi dari pihak berkuasa baru-baru ini. Malah ahli-ahli akademik, pendakwah dan wartawan juga tidak terkecuali dalam usaha pihak berkuasa untuk menindas perbezaan suara dan pendapat. Penindasan kebebasan bersuara sebegini mencerminkan kerajaan BN yang terdesak untuk terus berpegang kepada kuasa mereka yang lemah di negara ini.

Dalam kita melangkah ke setengah abad Persekutuan Malaysia, perasaan saya bercampur baur antara kesakitan berserta kekesalan. Adakah hanya saya satu-satunya orang yang mempersoalkan tujuan pembentukan sebuah negara yang berdaulat dan merdeka dan selepas setengah abad yang kemudian, ianya bakal dimusnahkan oleh kepimpinan yang lemah yang bertujuan untuk kekal relevan dengan memenuhi kehendak kumpulan ekstremis dengan menyemarakkan api perkauman dan agama?

Kita mempunyai seorang Perdana Menteri yang telah secara terbuka menyemarakkan api perkauman dengan menyamakan UMNO dengan kuasa raja-raja Melayu, ketuanan Islam dan kedudukan orang Melayu dalam percubaan untuk memainkan perasaan ketakutan orang-orang Melayu. Bagi saya, ini merupakan tanda paling ketara bahawa kepimpinan negara kita telah tenggelam dan negara kita sedang menuju ke arah yang berbahaya.

Beberapa tahun yang lalu kita telah dianggap sebagai sebuah negara majoriti Islam yang sederhana dan liberal di mana hak-hak orang bukan Islam untuk mengamalkan agama masing-masing adalah dihormati. Kita telah dinobatkan sebagai sebuah negara contoh yang berbilang kaum dan agama untuk dicontohi oleh seluruh dunia. Apa yang telah berlaku pada tahun-tahun selepas itu yang telah membawa negara ini ke mana kita berada sekarang? Dari sebuah negara yang sederhana kepada salah sebuah negara yang telah kurang tahap toleransi keagamaan, di mana beberapa belia Islam Sunni kini telah berjuang bersama-sama dengan ISIS di Syria. Kita telah melihat gambar-gambar mereka di laman internet mengacukan senjata mereka dengan bangganya di dalam ajaran sesat mereka, memperjuangkan 'jihad'. Apa yang telah terjadi kepada belia-belia kita?

Siapakah yang bertanggungjawab terhadap Malaysia yang kini berada dalam keadaan sekarang? Tanpa syak wasangka lagi, jari-jari menuding kepada pemimpin-pemimpin yang telah gagal menunaikan tanggungjawab mereka kepada rakyat Malaysia dalam keengganan mereka untuk mengesahkan kontrak sosial seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Tidak dapat dinafikan bahawa terdapatnya kepincangan dalam sistem semakan dan imbangan dalam pentadbiran negara ini, yang bermula apabila kebebasan badan kehakiman telah dinodai oleh kerajaan pada tahun 1998. Badan kehakiman hari ini hanyalah bayang-bayang kepada badan kehakiman masa lalu yang unggul. Dalam kes-kes yang berkait dengan politik, badan kehakiman telah berulang kali gagal dalam menjalakan tugas mereka. Pihak berkuasa hanya melaksanakan undang-undang secara selektif, terutama sekali apabila ianya berhubung dengan perkara-perkara yang dianggap sebagai hasutan. Kumpulan ekstremis seperti Perkasa, Isma dan ISIS Jemaah terlepas dengan kenyataan, tindakan ganas serta ancaman mereka manakala ahli-ahli pembangkang dan individu-individu lain yang vokal dan bijak berakal telah ditangkap tidak berhenti-henti.

Apa yang kita raikan hari ini apabila 1Malaysia hanyalah suatu slogan kosong oleh penasihat yang dibayar oleh PM? Kata-kata oleh pemimpin kita hanyalah kata-kata semata-mata yang tidak bermakna. Kita hanyalah rangka kosong kepada diri kita yang lama. Ya, sememangnya terdapat pembangunan dan kemajuan ekonomi, walaupun terdapat isu-isu serius mengenai ketidaksaksamaan dalam pengagihan pendapatan dan peluang ekonomi. Apa yang saya maksudkan ialah kita telah kehilangan perasaan bangga kita sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat yang bersatu padu yang hidup dalam keadaan harmoni, kita telah kehilangan semangat santai yang wujud antara masyarakat kita yang dapat menerima semua kaum dan budaya, kita telah kehilangan arah yang telah ditetapkan oleh nenek moyang kita. Saya tidak mampu untuk memikirkan apa yang negara kita yang dahulunya ideal ini boleh tawarkan kepada anak-anak saya dan cucu saya pada masa depan.

Di negeri-negeri Borneo, dengan peningkatan kesedaran orang ramai terhadap janji-janji yang tidak dipatuhi dalam Perjanjian Malaysia serta ketidakpuasan terhadap layanan yang tidak adil dari Kerajaan Persekutuan, kita telah melihat kemunculan suara-suara seperti Sarawak Sovereignty Movement (SSM), Sarawak untuk rakyat Sarawak, SAPA dan lain-lain yang menyeru pemisahan dari persekutuan. Kita hanya melihat bermulanya gerakan-gerakan sedemikian yang saya ramalkan akan meningkat dalam bilangan serta kekuatan.

Kerajaan mungkin dapat menghalang perasaan tidak puas hati ini serta kebencian ini jika ia mangambil iktibar daripada satu perenggan tertentu di dalam laporan Suruhanjaya Cobbold yang berbunyi sedemikian:

"Ia adalah satu keadaan yang perlu bahawa, dari sejak awal lagi, Malaysia seharusnya dianggap oleh semua pihak sebagai penyatuan rakan kongsi, menggabungkan kepentingan bersama untuk mewujudkan sebuah negara baru tetapi kekal sebagai individu masing-masing. Jika terdapatnya fikiran bahawa Malaysia akan melibatkan 'pengambilalihan' wilayah-wilayah Borneo oleh Persekutuan Tanah Melayu dan kehilangan sifat-sifat individu Borneo Utara dan Sarawak, Malaysia tidak akan, dalam penghakiman saya, secara umum diterima atau berjaya. "

Adalah cukup menarik apabila rakyat Scotland akan mengundi pada minggu depan untuk menentukan soal pemisahan daripada United Kingdom. Kumpulan-kumpulan di Borneo juga tentu akan digalakkan oleh peristiwa sebegini bagi meningkatkan usaha mereka disini.

Seperti yang telah saya katakan berkali-kali, masih ada harapan bagi Malaysia untuk menjadi seperti apa yang telah dirancang untuk kita 50 tahun yang lalu. Kita perlukan pemimpin-pemimpin kita untuk merancang perjalanan kita. Kita perlukan mereka untuk menjadi kuat dan dalam pada itu memimpin kita ke hadapan tanpa rasa takut atau pilih kasih. Jika tampuk kepimpinan perlu diganti, maka biarlah ia digantikan- Rakyat Malaysia perlu menilai keadaan kita sekarang, membuat keputusan tentang apa yang kita mahu, dan bertindaklah dengan sewajarnya.

Bagi saya, penyelesaian praktikal bagi Sabah dan Sarawak buat masa ini adalah untuk terus menegaskan hak-hak asasi kita seperti yang dijamin dalam 18 poin dalam Perjanjian Malaysia. Kerajaan perlu membetulkan apa yang telah salah dan memenuhi janji-janji yang tidak dipatuhi, misalnya dengan mengambil kira hak kita untuk perkongsian saksama hasil sumber-sumber semula jadi kita, hak kita untuk pembangunan yang sama, kebebasan rakyat kita untuk mengamalkan agama mereka, pemeliharaan bahasa kita, kawalan ke atas imigresen, Borneonisasi perkhidmatan awam dan perwakilan dalam kerajaan Persekutuan.

Hanya apabila kita kembali kepada cita-cita nenek moyang kita, hanya apabila kerajaan mula menghormati dan mematuhi janji-janji kepada rakyat, hanya apabila pihak berkuasa mengiktiraf perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi di negara ini, hanya apabila 3 badan kerajaan mengamalkan pengasingan kuasa secara bebas, hanya apabila pemimpin-pemimpin kita tidak lagi mengamalkan perkauman dan keagamaan untuk memimpin tanpa rasa takut atau pilih kasih, barulah kita boleh mula untuk benar-benar meraikan Malaysia dengan semangat kesyukuran dan kegembiraan yang sewajarnya.

Ini adalah suatu impian yang boleh dicapai, dan ia terpulang kepada rakyat seperti kita untuk memperjuangkan impian ini. Kita adalah orang-orang yang diberkati dengan kebaikan, kekayaan yang banyak daripada tanah yang subur serta dirahmati dengan keadaan persekitaran dan iklim yang sempurna. Kita mesti berusaha lebih keras untuk melindungi apa yang kita ada daripada dimusnahkan oleh pemimpin yang lemah dan mementingkan diri sendiri. Pada Hari Malaysia ini, saya mengaku bahawa saya belum bersedia untuk meninggalkan harapan saya bagi Malaysia untuk menjadi sebuah negara seperti yang diimpikan oleh saya. Saya tahu bahawa ramai yang berkongsi impian yang sama seperti saya. Marilah kita sama-sama meneruskan usaha kita untuk Malaysia kita. Seperti mana yang telah dinyatakan oleh Winston Churchill: Jangan sekali-kali berputus asa.

Semoga Tuhan memberkati Malaysia. Semoga Tuhan memberkati semua rakyat Malaysia.

Baru Bian
ADUN N70 Ba' Kelalan

No comments: