Wednesday, May 14, 2014

DUN SARAWAK MAY 2014: MINISTERS RESPOND TO ISSUES RAISED BY BARU BIAN

12 MAY 2014


Members of the Opposition were invited to lunch with the Chief Minister after a meeting with him. A first in DUN Sarawak history. 14 May 2014


Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga (Y.B. Datuk Hajah Fatimah Abdullah): 

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA CAWANGAN SARAWAK 

Tuan Speaker, izinkan saya beralih kepada satu lagi agensi di bawah pengawasan Kementerian saya, iaitu Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sarawak (DBPCS). 

DBPCS pada tahun 2014 menganjur pelbagai program untuk meningkat dan memartabatkan bahasa dan sastera kebangsaan khususnya di Sarawak. Kerana prihatin terhadap usaha murni Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sarawak untuk mewujudkan masyarakat yang berilmu, berjati diri dan hidup dalam harmoni, Kerajaan Sarawak telah bersetuju menyalurkan peruntukan sebanyak RM215,000.00 kepada DBPCS untuk melaksanakan program Penerbitan Berpakej Kearifan Tempatan Sarawak (Local Wisdom) dan Anugerah Sastera Negeri Sarawak 2014. 

PENERBITAN BERPAKEJ KEARIFAN TEMPATAN SARAWAK 
Tuan Speaker, program ini merupakan program penerbitan untuk hasil kajian kearifan tempatan (local wisdom) Sarawak yang memberikan tumpuan kepada bahasa sukuan, cerita rakyat, amalan dan budaya masyarakat tempatan. Khazanah yang ada di Negeri yang kita cintai ini perlu dilestarikan dengan cara perakaman dan penerbitan supaya dapat menjadi bahan rujukan oleh penyelidik dalam dan luar negara. Selain daripada menerbitkan dan menyebarluas bahan rujukan dalam bahasa kebangsaan, hal yang berkaitan dengan kearifan tempatan Sarawak juga menjadi tumpuan DBPCS pada masa ini supaya khazanah ilmu ini terus dipelihara dan disebarluaskan melalui terbitan buku dan media cetak. 
Apa yang telah dan akan terus dilaksanakan oleh DBP Cawangan Sarawak ini diharapkan dalam menangani apa yang dibangkitkan oleh Ahli yang Berhormat N.70 Ba’kelalan mengenai pentingkan pelestarian bahasa sukuan. 

...

PENDIDIKAN 
Tuan Speaker, Kerajaan bersependapat dengan semua Ahli Yang Berhormat yang telah menyuarakan tentang pentingnya pendidikan dalam usaha untuk membangunkan sumber manusia yang berkualiti bagi menjamin kelangsungan dan kelestarian pembangunan Sarawak. Kerajaan menyedari bahawa dalam penyediaan persekitaran pembelajaran yang kondusif, aspek-aspek seperti penyediaan kemudahan fizikal, pelaksanaan program-program pendidikan yang bersepadu dan bekalan personel serta sokongan masyarakat setempat adalah penting. Sehubungan ini, kami ingin merakamkan penghargaan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah memberi pandangan dan saranan untuk menambahbaik pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan di negeri ini.

Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat N.70 Ba’Kelalan, N.25 Balai Ringin, N.28 Engkilili, N.13 Batu Kawah, N.63 Piasau dan N.49 Nangka, Kerajaan amat prihatin dengan keperluan pendidikan. Dalam Rancangan Malaysia K9, di bawah peruntukan pembangunan, Sarawak telah diperuntukkan sejumlah RM1.78 billion. Di bawah pembangunan khas untuk pendidikan luar bandar, sebanyak RM1.09 billion telah digunakan untuk melaksanakan 443 projek yang meliputi kerja-kerja pembinaan bangunan tambahan, gantian, naik taraf dan bekalan elektrik. Kerajaan juga telah melaksanakan 769 projek pembangunan lain yang meliputi kerja-kerja pembinaan prasekolah, pembinaan sekolah baharu iaitu 2 buah sekolah rendah dan 6 buah sekolah menengah, sekolah gantian, rumah guru, asrama dan kerja-kerja ubahsuai naik taraf yang menelan kos sebanyak RM687.3 juta. Dalam Rancangan Malaysia K10, 
berdasarkan Rolling Plan Pembangunan Malaysia, setakat ini Sarawak telah menerima peruntukan pembangunan sebanyak RM940 juta bagi melaksanakan 842 projek pembangunan. 



Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat khasnya Ahli Yang Berhormat N.70 Ba’Kelalan, menjelang tahun 2016, semua 1,452 buah sekolah di Sarawak akan menikmati kemudahan internet di bawah program 1BestariNet. Setakat ini, terdapat sebanyak 726 buah sekolah iaitu 50% telah dibekalkan dengan capaian internet melalui teknologi VSAT. Walau bagaimanapun, hanya sebanyak 552 buah sekolah sahaja telah dibekalkan dengan makmal komputer. Baki 900 buah sekolah akan dibekalkan dengan makmal komputer secara berperingkat. 

Bagi sekolah-sekolah di kawasan N.70 Ba’kelalan, sebanyak 14 buah sekolah iaitu 13 sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah telah menikmati capaian internet melalui program 1BestariNet, sementara 3 buah sekolah yang lain iaitu 2 sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah masih menggunakan capaian internet biasa. Hanya 10 buah sekolah mempunyai makmal komputer. Berkaitan dengan usaha untuk menambahbaik kemudahan yang terdapat di SK Puru Sia pula, kerajaan telah membelanjakan RM4.8 juta untuk membina 4 bilik asrama dan sebuah dewan makan yang mana telah siap dibina pada tahun 2010. 

...

Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan (Dato Sri Michael Manyin anak Jawong): 
...

ROAD FROM SIMPANG EMPAT TO LAWAS DAMIT 

For the information of Ahli Yang Berhormat for Ba’kelalan, this 7.5 kilometres which estimated to cost RM5.25 million logging road from Simpang Empat, Kampung Bukit Batu ke Kampung Long Ugui, Long Sebangang Lawas Damit has been included in the rural road connectivity programme submitted to the Federal Government. 



Menteri Kemudahan Awam (Y.B. Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan)

ISU-ISU SPESIFIK 

...
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Ba’Kelalan, projek bekalan air secara sistem alternatif ke Long Luping termasuk SK Long Luping telah dimasukkan di bawah rancangan skim 2014–2018 oleh Jabatan Mineral dan Geosains Sarawak. Cadangan projek tersebut telah dikemukakan kepada pihak KKLW untuk pertimbangan. 
Projek bekalan air secara sistem alternatif ke SK Long Tukon akan dimasukkan di bawah rancangan skim 2014 – 2018 dan dikemukakan kepada pihak KKLW untuk pertimbangan. 



~ Hansard (Unedited)

No comments: