Sunday, December 22, 2013

UCAPAN HARI KRIMAS BARU BIAN 2013



KEKAL DALAM PERJUANGAN

Dalam refleksi Krismas saya pada tahun ini, saya tertarik untuk memikirkan keluarga kelahiran Yesus, yang terdiri daripada ibunya Maria, dan bapanya Yusuf daripada keluarga Daud. Yusuf, atau lebih tepat digambarkan sebagai bapa angkat Yesus, tidak banyak disebut di dalam Alkitab malah dalam kedua-dua Injil yang bercerita tentang Yusuf iaitu Mattius dan Lukas, tiada kata-kata Yusuf yang telah direkodkan. Oleh kerana profil rendah Yusuf di dalam Alkitab, tidak banyak yang diketahui tentang beliau, kecuali bahawa beliau adalah seorang tukang kayu yang telah bertunang dengan Maria, dan telah dipanggil untuk memberi perlindungan dan kasih sayang kepada Maria dan anaknya. Penemuan tentang kehamilan Maria, seperti yang dicatatkan di dalam kedua-dua Alkitab dan al-Quran, tentunya merupakan satu kejutan besar kepada kedua-dua Maria dan Yusuf.

Kira-kira 600 tahun selepas peristiwa tersebut, kekeliruan tentang Maria dan kelahiran daranya telah dicatatkan di dalam Sunnah yang dinamakan bersempena dengan namanya dalam al-Quran;

Ia (malaikat) berkata: "Sesungguhnya aku pesuruh Tuhanmu, untuk menyebabkanmu dikurniakan seorang anak yang suci".

Maryam bertanya (dengan cemas): Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak lelaki, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun, dan aku pula bukan perempuan jahat?"

Ia menjawab: "Demikianlah keadaannya tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: Hal itu mudah bagiKu; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami) untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari Kami; dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya.

 (Surah Maryam 19:19-19:21)

Bagaimanakah seseorang lelaki akan bertindak apabila mendapati bahawa tunang beliau telah mengandung apabila beliau tidak pernah menyentuhnya?

Daripada perkara yang dituliskan tentang Yusuf, kita dapat melihat bahawa beliau adalah seorang yang mempunyai sifat terpuji. Beliau adalah seseorang yang mempunyai belas kasihan; walaupun Beliau terpaksa mengalami perasaan malu, sakit, dan kemarahan apabila beliau mengesyaki bahawa Maria berkemungkinan tidak setia kepadanya, beliau telah merancang untuk memutuskan pertunangan mereka secara senyap dan tidak mendedahkan Maria kepada penghinaan awam (Maria berkemungkinan akan dilempar batu), mengikut Injil Matius. Beliau adalah seorang yang tenang; apabila menerima mesej bahawa beliau telah ditugaskan untuk melindungi Maria, beliau telah memikul tugas tersebut dan tidak pernah goyah dari perjuangannya. Perjuangan ini, seperti yang kita tahu adalah amat sukar dan berbahaya pada semasa ke semasa, bermula dengan penghinaan kelahiran anaknya oleh Maria dalam kandang, dan perjalanan yang berbahaya bagi melarikan diri ke Mesir. Beliau adalah seorang suami dan bapa yang bertanggungjawab, yang telah menjalankan tugas beliau terhadap keluarganya dengan penuh kesabaran, keberanian, kebijaksanaan dan kekuatan. Beliau merupakan model lelaki yang memainkan peranan dalam penjagaan Yesus dalam pembentukan kebijaksanaan dan budi pekertinya (Lukas 02:52), dan Beliau merupakan orang yang mana Yesus belajar perdagangan beliau. Joseph mungkin merupakan seorang yang pendiam, tetapi beliau telah memainkan peranan yang penting dan signifikan dalam rancangan Tuhan.

Selepas lebih daripada dua ribu tahun, masih banyak yang perlu kita pelajari daripada contoh yang ditunjukkan oleh lelaki yang mempunyai perwatakan yang tenang dan kukuh ini. Beliau adalah seorang lelaki yang melakukan apa-apa yang dipercayainya adalah betul. Dalam dunia hari ini yang penuh dengan rasuah dan jenayah, kita perlu mengingatkan diri sendiri bahawa masih terdapat mereka yang berpegang kepada melakukan perkara yang betul secara senyap-senyap. Ramai orang pada hari ini tergolong dalam golongan  generasi 'kepuasan segera' yang tidak menghargai nilai kerja dan menunggu apa yang mereka inginkan, malah telah meletakkan keperluan mereka atas keperluan orang lain. Kita perlu membenarkan nilai-nilai murni kembali ke dalam hidup kita supaya dapat hidup dengan lebih bermakna.

Dalam usaha untuk kekal dalam perjuangan, beberapa ramai daripada kita dan pemimpin-pemimpin kita tetap setia kepada perjuangan yang telah ditetapkan, walaupun terpaksa bertahan dengan apa-apa cemuhan dan hinaan awam yang mungkin diperoleh? Pada zaman ini, bagi golongan yang besar, pengamalan prinsip-prinsip telah mengambil tempat duduk belakang dalam usaha untuk memperoleh kekayaan dan kemasyhuran. Sesetengah pemimpin politik melompat dari satu parti kepada yang lain lebih cepat daripada seekor katak dalam periuk mendidih untuk tujuan keuntungan peribadi dan banyak yang menggunakan amalan serong untuk memastikan kemenangan.

Namun, syukurlah, masih terdapat ramai yang menggunakan prinsip dan keinginan melakukan perkara yang benar untuk menetapkan hala tuju dan menentukan tindakan mereka dalam kehidupan. Mereka ini terdiri daripada ahli-ahli parti-parti politik, aktivis sosial, masyarakat awam, NGO dan juga individu-individu yang terus bersuara tentang hak-hak mereka yang melarat, terpinggir dan teraniaya, walaupun ditakuti dan diancam akan diberkas. Mungkin terdapat halangan di hadapan kita, dan perjalanan  mungkin kelihatan panjang dan menakutkan, tetapi kita mesti gigih dalam melakukan perkara yang betul, dengan keyakinan teguh dalam perjuangan kita.

Saya mungkin akan lalai jika saya tidak mengiktiraf bahawa terdapat banyak orang, seperti Joseph, yang senyap tetapi merupakan sistem sokongan kuat, yang mana pejuang barisan hadapan tidak dapat berfungsi dengan berkesan tanpa sokongan mereka-mereka ini. Terdapat mereka yang hadir sebagai rakan-rakan, yang lain memberi nasihat dan idea serta sumbangan kewangan kepada projek kami, dan yang lain telah memberikan dorongan dan mendoakan kami. Ahli-ahli keluarga kita adalah tunggak kekuatan kita yang mampu berkongsi beban serta kegembiraan kita. Kami amat bersyukur dengan sokongan dan dorongan ini yang mengekalkan serta menaikkan semangat kami setiap hari.

Rakan-rakan saya telah memberitahu saya bahawa pihak Katolik menganggap Yusuf sebagai wali penaung keadilan sosial. Amat sesuailah bagi kita yang terlibat dalam perjuangan keadilan sosial untuk mengambil inspirasi daripada insan ini yang memelihara iman dan telah menjalankan tugas dengan penuh kesabaran yang tidak terbatas. Marilah kita tetap berpegang teguh kepada kepercayaan kita dan kekal dalam perjuangan ini.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan kepada rakan-rakan yang beragama Kristian, Selamat Hari Krismas, dan kepada semua, Selamat Tahun Baru.


BARU BIAN
ADUN N70 BA’ KELALAN

No comments: