Sunday, October 13, 2013

‘Allah’: Bukan hak esklusif untuk Muslim sahaja

William Mangor
October 13, 2013
"Sebagai seorang Muslim, saya takda masalah agama lain guna kalimah Allah," ujar Datuk Seri Chazy Chaz
KUCHING: Keputusan penggunaan kalimah ‘Allah’ bakal menentukan sejauh mana kejayaan kerajaan dalam berhadapan isu yang melibatkan agama dan keberkesanan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam merealisasikan impian ’1Malaysia’.
Walaubagaimanpun, rakyat Sabah Sarawak tetap tenang berhadapan isu ini meskipun laporan FMT kelmarin memaklumkan Jakim melalui khutbah Jumaat menggesa umat Islam mempertahankan kalimah tersebut.
Pengguna Facebook terutama sekali penduduk Sabah Sarawak baik Kristian dan Islam mempunyai persefahaman mengenai isu ini.
“Sebagai seorang Muslim, saya takda masalah agama lain guna kalimah Allah,” ujar Datuk Seri Chazy Chaz
Pengguna Facebook yang lain pula, Abdul Halim berkata: “Sebenarnya, penggunaan kalimah “Allah” telah ada sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW.
“Digunakan meluas di jazirah Arab yang pada ketika itu berada dalam zaman jahiliyah lagi. Jika kita mengkaji dengan mendalam, nabi-nabi diturunkan lebih kerap ke kawasan Jazirah Arab yang banyak didedahkan dalam al-Quran.”
Sementara itu, Gillan Lee menambah: “Tetap akan gunakan kalimah Allah dalam upacara keagamaan terutamanya kerana saya di Sarawak.
“ Apa pun keputusannya, saya berhak mengunakan kalimah suci bersama dgn jutaan umat Kristian lain. Dan paling penting sekali Muslim di Sarawak tidak mudah ‘terkeliru’ seperti di Semenanjung maka tiada masalah remeh.”
Pendirian gereja?
Dalam masa yang berasingan, Pengerusi Persektuan Gereja-gereja di Sabah dan Sarawak  Bolly Lapok (Sarawak) dan Thomas Tsen menegaskan bahawa larangan penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh orang Kristian melanggar Perjanjian Malaysia 1963 dimana asas pembentukan negara ini.
“Ini adalah penghinaan, keseluruhannya tidak boleh diterima dan pengkhianatan terang-terangan ke atas Perjanjian Malaysia yang menjamin hak-hak orang bukan Islam di Sarawak dan Sabah untuk bebas beragama,” tegas Bolly Lapok dalam satu kenyataan
Sementara itu, Thomas Tsen berkata: “Dengan menghormati kepada pihak berkuasa pentadbiran, sama ada perundangan, badan eksekutif atau kehakiman kerajaan, kami meminta ketaksuban agama, perkauman dan ekstremisme tidak harus diteruskan dan dibenarkan membarah dan racun negara Malaysia.”
Keputusan bakal diketahui pada Isnin ini. Kes sudah tertangguh sebanyak beberapa kali setelah difailkan sejak 2009.
Bukan Islam pertahankan kalimah
Penduduk Sabah dan Sarawak berpendapat, penggunaan tersebut sebenarnya bukan satu isu yang besar melainkan isu ini dipolitikkan oleh pihak tertentu.
“…mempolitikkan walau apa sekali pun agama mereka boleh menjuruskan seseorang itu mencium bau neraka,” tegas Cornellius Maso
Sementara itu Chris Ap, berkata: “Sabah Sarawak dan penganut bukan Islam.. menggunakan Allah sebagai simbol ketuhanan…bukan kita bikin main-main… rasanya orang Malaya sendiri menggunakan Allah dengan cara yang tidak betul.. sebagai contoh dalam perubatan tradisional atau pun produk kesihatan untuk kepentingan sendiri…”
~ Free Malaysia Today

No comments: