Monday, August 19, 2013

Radio Free Sarawak kembali beroperasi


William Mangor

August 19, 2013
Radio tempatan ini disiarkan dalam bahasa Iban tetapi juga mendapat respon dari semua pendengar.
KUCHING: Radio Free Sarawak (RFS) kembali beroperasi setelah berhenti siaran selepas pilihan raya umum lalu.
Stesen ini sudah memulakan siaran pada minggu lepas.
Dalam satu kenyataan di laman rasmi RFS, Ketua Stesen Pusat di UK, Calre Rewcastle Brown berkata RFS mengambil cuti panjang.
Radio tempatan ini disiarkan dalam bahasa Iban, tetapi juga mendapat respon dari semua pendengar yang mana mereka menggesa lebih banyak maklumat mengenai negeri ini termasuk isu pembinaan empangan yang membuatkan orang asal terpaksa berhijrah dari tanah mereka.
“Kerajaan negeri bergerak pantas dan mengambil kesempatan di atas kemenangan pada pilihanraya umum lepas dengan menaikkan tiga kali ganda gaji menteri (kembali sejak kenaikan satu tahun setengah) dan menekan lebih banyak pengambilan tanah di kawasan orang asli, termasuk di kawasan yang dicadangkan pembinaan empangan Baram,” tegas beliau.
“Pendengar awam mahu mendengar isu-isu dan kadangkala pada pendapat mereka berbeza dengan propaganda yang media kawalan kerajaan yang mana mempromosi kepentingan sempit mengenai kekayaan dan pengaruh politik,” katanya.
Radio Free Sarawak (RFS) ialah pemenang anugerah bagi Pioneer of Free Media Award oleh International Press Institute, di mana ia memuji usaha stesen radio untuk membawa kebebasan maklumat dan kebebasan suara kumpulan terpinggir di negeri hutan hujan Borneo Malaysia.
Beliau juga berkata stesen ini menyediakan ruang untuk penduduk rumah panjang bagi memberi pandangan dan kesedaran tentang kesan penebangan hutan, penanaman kelapa sawit, kemiskinan di pedalaman dan politik rasuah yang tidak berhabisan.
“Stesen radio ini juga bersambung dengan portal online, Sarawak Report, yang juga berkongsi agenda yang sama,” katanya lagi.
RFS dipancarkan terus dari London dan penyampai radio mereka bersiaran dari Isnin sampai Sabtu di gelombang pendek (SW) 15420kHz dari jam 7 petang ke 8.30 malam waktu tempatan.
“Siaran ini juga boleh dilayari secara online www.radiofreesarawak.org, di mana boleh dimuat turun melalui telefon pintar untuk pendengar telefon atau melalui USB untuk radio kereta,” katanya.
Beliau juga berkata pendengar boleh menghubungi talian tempatan.
“Pendengar dijemput untuk memberikan komen dan isu di talian tempatan 082-237191,” katanya.
~ Free Malaysia Today

No comments: