Monday, April 29, 2013

Taib perdaya rakyat Kota Samarahan


Awang Abdillah

April 29, 2013
Rakyat sudah jemu dan serik dengan salah guna kuasa Umno-Barisan Nasional dan mahu ubah serta memilih kerajaan baru.



Anak Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Sulaiman telah memenangi kerusi P197 Kota Samarahan dalam pilihan raya umum pada  tahun 2008.
Sejak menjadi wakil MP merangkap timbalan menteri Kementerian Pelancongan, beliau telah menghilang diri tanpa berita. Taib memilih  untuk membisu berkenaan perkara ini dan tidak meminta maaf pada rakyat atas perbuatan anak beliau.
Memang anak ini tidak layak untuk menjadi wakil rakyat dan ahli kabinet tetapi Taib mempunyai agenda tersendiri iaitu untuk membina  dinasti keluarga bagi memerintah negeri Sarawak, iaitu memonopolikan kuasa politik untuk keluarga beliau. Taib telah memperdayakan rakyat Kota Samarahan selama lima tahun.
Sulaiman telah mengalami masalah kesihatan yang serius beberapa tahun yang lalu. Mengikut maklumat yang diterima dari sumber yang boleh dipercayai dan disahkan oleh orang-orang tertentu, anak Taib telah meninggal dunia pada hujung tahun 2012 di luar negara, tetapi atas sebab-sebab tertentu telah dirahsiakan oleh si Taib.
Sepatutnya Taib mengumumkan perkara tersebut kepada warga Kota Samarahan dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) supaya pilihan raya kecil boleh diadakan bagi memilih wakil MP baru bagi kawasan Kota Samarahan.
Sudah lima tahun rakyat kota Samarahan tidak diperduli dan tidak diwakili oleh MP mereka dan diperdayakan oleh Taib. Berita kematian seseorang wakil rakyat harus diumumkan pada orang ramai. Taib telah melakukan satu penipuan besar.
Kita juga dapati Taib telah memilih ramai calon-calon yang terdiri daripada kaum wanita seperti Rubiah Wang bagi kerusi Parlimen Kota Samarahan, Rohani Abdul Karim (P201 Batang Lupar), Nancy Shukri (P200 Batang Sadong) dan sepupu Taib, Norah Tun Abdul Rahman Yaakub (P206 Tanjung Manis).
Kita tidak membantah keputusan demikian tetapi Taib ada agendanya tersendiri. Beliau takut jika calon lelaki dipilih, mereka mungkin  bertindak lantang terhadap penyalahgunaan kuasa beliau. Dengan calon-calon wanita yang mempunyai sifat lembut, adalah lebih mudah bagi beliau mengawal mereka.
Di Semenanjung Malaysia sudah ada angin perubahan secara besar-besaran di mana rakyat dijangka memilih Pakatan Rakyat. Rakyat sudah jemu dan serik dengan salah guna kuasa Umno-Barisan Nasional dan mahu ubah serta memilih kerajaan baru.
Rakyat Sarawak tidak usah khuatir untuk menukar PBB dengan Pakatan Rakyat, kerana kerajaan pusat khasnya PAS dan PKR boleh membela nasib orang Melayu dan kaum Bumiputra di negeri Sarawak.
~ Free Malaysia Today

No comments: