Tuesday, October 23, 2012

Nota Perbahasan Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang



Kementerian Kewangan – Peringkat Jawatankuasa
B 10 – Kementerian Kewangan
B– 020000 – Perkhidmatan Analisa Ekonomi Dan Sumber (MS 178)
Ahli Falsafah Rome, Cicero pernah berkata,
“The budget should be balanced, the treasury should be refilled, public debt should be reduced, the arrogance of officialdom should be tempered and controlled….lest Rome become bankrupt.”

1) Negara mengalami  defisit selama 15 tahun berturut-turut sejak tahun saya dipecat pada 1998 sehingga tahun 2012. Dalam belanjawan 2013 yang sedang kita bahas juga menglami deficit dan dijangka berterusan sehingga 2015 dan mungkin seterusnya.

Ini disebabkan ekonomi Negara dirangsang oeh perbelanjaan kerajaan bukan oleh perbelanjaan swasta. Hutang Negara tidak termasuk jaminan hutang sudah mencecah  RM476 billion atau 54% daripada GDP (keluaran dalam negara kasar) semasa atau 55% daripada GNP (keluaran negara kasar) semasa pada penghujung 2011. Ini amat mencemaskan kerana hamper mencecah 55% daripada KDNK iaitu paras bahaya  sesebuah Negara  alami sebelum terjerumus kedalam kebankrapan seperti Greece. Tidak kelihatan langkah-langkan bermakna dilaksanakan untuk mengurangkan hutang Negara ini.

Ketika menjadi Menteri Kewangan antara 1991-1997, belanjawan negara sentiasa dalam keadaan seimbang atau lebihan dan ekonomi pula mencatat  pertumbuhan purata 8.7%. Jika dimasukkan tahun 1998 iaitu tahun saya dipecat purata pertumbuhan ekonomi negara 1991-1998 adalah 7.0% ketika menjawat Menteri Kewangan selama 8 tahun.

Bandingkan prestasi ini dengan Menteri Kewangan sekarang  (2009 – 2011) yang hanya mencatat pertumbuhan ekonomi secara purata pada kadar 3.2% sahaja daripada KDNK.

Dengan prestasi pengurusan kewangan yang baik dan telus dikalangan negeri-negeri dibawah  Pakatan Rakyat saya yakin kerajaan Pakatan Rakyat dapat memimpin ekonomi dan kewangan Negara jauh lebih baik dan mampan sekiranya diberi mandate pada PRU 13 nanti.

Kita lihat kejayaan kerajaan Turkey, Negara yang hamper muflis dibawah kerajaan rejim sebelum ini apabila bertukar kerajaan kepada Parti Keadilan dan Pembangunan Turkey (ARK Party) dibawah pimpinan Taib Erdogan mencatat pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan pada kadar purata 6.8% antara 2002 – 2008. Pada 2011 Turkey mencatat pertumbuhan ekonomi tertinggi didunia pada kadar 8.49% daripada KDNK.

Sebelum ARK Party mengambil alih pemerintahan Negara pada 2002 Turkey mengalami pertumbuhan ekonomi pada kadar purata 4 % dan menangong hutang hingga 74% daripada KDNK. Ini mengakibatkan Turkey dilanda “Liquidation Crises” dan keruntuhan matawang pada 2000-1. Dalam menghadapi krisis ini Turkey meminjam daripada IMF

Malaysia menghadapi fenomena yang sama dan berharap rakyat bersedia lebih awal untuk tukar kerajaan sebelum dilanda krisis berdasarkan pertumbuhan ekonomi yang lembab dan peningkatan hutang yang tidak terkawal lagi.

Kerajaan tidak perlu menakutkan rakyat bahawa hanya BN dapat menyelamatkan Negara sedangkan Negara sedang menjurus kearah kemuflisan angkara kepincangan pengurusan ekonomi dan kewangan Negara oleh kerajaan hari ini yang memerintah sejak 55 lalu. Rekod jelas membuktikan kerbekesanan kepimpinan Pakatan Rakyat dalam mengurus tadbir negeri jauh lebih baik daripada BN.

YAB Perdana Menteri dalam ucapan di Mesyuarat Agong MCA menjadikan IMF sebagai “Bogie”  untuk menakutkan rakyat.  Prof Dr Jomo Kwame Sundaram dalam artikelnya "Pathways Through Financial Crisis" tahun 2006 dan "Obstacles to Implementing Lessons from 1997-1998 East Asian Economic Crisis" tahun 2008 telah membuat analisa terperinci bahawa walaupun Korea Selatan, Indonesia dan Thailand meminjam daripada IMF tetapi mereka keluar dari kegawatan ekonomi lebih awal dari Malaysia walaupun IMF mengenakan syarat2 kredit tertentu.

Kalau dilihat prestasi ekonomi selepas itu hingga sekarang, kadar pertumbuhan ekonomi Korea Selatan, Indonesia dan Thailand jauh lebih mampan dari Malaysia. Thailand, Indonesia dan Korea Selatan juga tidak mengalami masalah defisit belanjawan yang teruk seperti Malaysia yang sudah 15 tahun berada dalam perangkap defisit belanjawan.

B10- 020200 – Pengurusan Pinjaman, Pasaran Kewangan dan Aktuari
 B10- 030300 – Kawalan Dan Pemantauan
Selain hutang Negara yang membimbangkan system perbankan Negara juga terdedah kepada pinjaman yang begitu besar dikalangan dua tiga kerat ahli korporat dan keluarga mereka. Keadaan ini tidak sihat dan perlu diambil tindakan pembaikan segera sebelum system perbankan Negara runtuh sekali lagi.

Sistem perbankan sudah banyak kali runtuh dan terpaksa diselamatkan 
oleh kerajaan. Kita pernah mengalami “Skandal BMF” yang membankrapkan Bank Bumiputra dimana Kumpulan Carrian kepunyaan George Tan diberi pinjaman yang mencurigakan sebanyak RM2.5 billion. Kita alami keruntuhan system perbankan pada 1998-99 apabila bank-bank terdedah kepada pinjaman-pinjaman yang dicagar dengan  asset-aset yang susut nilai akibat Krisis Kewangan Asia 1998 dimana kerajaan terpaksa “bail-out” melalui Danamodal dan Danaharta dan penggabungan bank-bank dalam Negara.

Hari ini system perbankan Negara terdedah pinjaman yang begitu besar kepada 12 peminjam tidak termasuk Petronas:

i.             YTL – Tan Sri Francis Yeoh – RM53.14 billion
ii.           Kumpuln Tan Sri Syed Mokhtar – RM34.3 Billion
iii.           UEM Khazanah – RM22.8 Billion
iv.          Tenaga Khazanah – RM19 Billion
v.           Kumpulan TS Ananda Krishnan – RM18.4 Billion
vi.          Genting – Mendiang TS Lim Goh Tong – RM16.4 Billion
vii.         Axiata Khazanah – RM11.5 Billion
viii.       PLUS Khazanah – RM11.5 Billion
ix.         Berjaya – Vincent Tan – RM8.8 Billion
x.           Telekom Khazanah – RM6.4 Billion
xi.         Lion Group of Companies – Tan Sri William Cheng – RM 3.8 billion
xii.         IHH Healthcare Khazanah – RM3.0 Billion

Keseluruhan system perbankan terdedah kepada peminjam-peminjam diatas berjumlah RM210.5 billion atau 19.5% dari jumlah keseluruhan pinjaman dalam system perbankan Negara.

6 Kumpulan terdiri daripada bukan GLC iaitu, YTL, Syed Moktar, Ananda Krishnan, mendiang Lim Goh Tong, Vincent Tan dan William Cheng terdedah kepada pinjaman berjumlah RM134.84 Billion atau lebih 10% daripada jumlah keseluruhan pinjaman dalam system perbankan Negara.  .

Bukankah Bank Negara mempunyai garis panduan menghadkan pendedahan pinjaman kepada sesebuah syarikat atau individual. Adakah jumlah pinjaman ini mengikut garis panduan yang dibenarkan oleh Bank Negara? Risiko yang terdedah kepada system perbankan Negara amat tinggi dan berbahaya. Kita tidak mahu apabila krisis ekonomi atau kewangan melanda rakyat terpaksa menanggong beban sedangkan peminjam-peminjam terus menikmati kemewahan.  

B10 – 030100 – Pengurusan Kewangan Strategik
Kerajaan menafikan jaminan kerajaan kepada pinjaman yang dibuat oleh beberapa badan korporat menjejaskan kedudukan kewangan Negara. Daripada rekod yang ada banyak syarikat-syarikat yang membuat pinjaman dengan jaminan kerajaan tidak berupaya melangsai hutang mereka pada masa yang ditetapkan dan terpaksa menjadual semula pembayaran mereka. Sekiranya mereka gagal kerajaan terpaksa menanggong hutang tersebut.

Kerajaan terdedah dengan banyak pinjaman dalam bentuk penerbitan Bond yang dibuat oleh badan korporat yang diberi jaminan kerajaan. Antaranya:

Below is the breakdown of all Government guaranteed bonds as at end-June 2012. This does NOT include the RM50 billion worth of bonds to be issued by Dana Infra Nasional Bhd to finance the MRT project and any bank loans guaranteed by the Govt.
1.       Penerbangan Malaysia Berhad – RM1.75 billion
2.       Bank Pembangunan Malaysia Berhad – RM3.5 billion
3.       Pengurusan Air SPV Berhad – RM9.5 billion
4.        KL International Airport Berhad – RM3.8 billion
5.       Syarikat Prasarana Negara Berhad – RM6 billion
6.       Malaysia Debt Ventures Berhad – RM1 billion
7.       Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd – RM790 million
8.       Senai Airport Terminal Services Sdn Bhd – RM250 million
9.       Projek Lebuhraya Usahasama Berhad – RM11 billion
10.   1 Malaysia Development Berhad – RM4.4 billion
11.    Khazanah related companies – RM18 billion
a.       Silterra Capital Berhad
b.      GovCo Holdings Berhad
c.       Khazanah Nasional Berhad

B-10 – 30100 – Pengurusan Kewangan Strategik
Bank Negara dan Menteri Kewangan hingga hari ini masih gagal menamakan pihak (samaada dalam bentuk konsortium Institusi Kewangan atau Bank) untuk dianugerah 2 lesen penubuhan Bank Islam Mega di Malaysia sejak diumumkan pada tahun 2009. Sepatutnya ia dianugerah sejak 2010. Adakah kelewatan pengumuman ini disebabkan keperluan Modal Berbayar yang terlalu tinggi iaitu US1 billion atau insentif cukai yang tidak menarik kepada pelabur?

Tidakkah Bank Islam dan Takaful yang sedia ada tidak menarik minat pelabur asing. Pelabur asing boleh menawarkan pegangan saham sehingga 70% dari 49% sejak diumum liberilisasi sector perbankan pada 2009. Atau Malaysia tidak lagi menjadi destinasi menarik untuk dijadikan Hab Kewangan Islam Antarabangsa atau sekurang-kurangnya “Hab Serantau atau Regional Hub” berbanding dengan Singapura. Pohon penjelasan Menteri Kewangan kedudukan pengeluaran 2 lesen Bank Islam Mega ini dan kejayaan Negara dalam menjadikan Malaysia sebagai Hab Kewangan Islam Antarabangsa.

~ Dato’ Seri Anwar Ibrahim

No comments: